DASAR PRIVASI
Di Crabtree & Evelyn kami memahami dan menghormati kebimbangan anda mengenai privasi dan keselamatan data peribadi anda. Kami komited untuk mengekalkan dan menggunakan data anda secara bertanggungjawab. Kami mengumpul data untuk satu sebab - untuk melayan anda dengan lebih baik.Sila semak Dasar Privasi ini dengan teliti ("Dasar Privasi"). Ia menjelaskan jenis data yang kami kumpul, bagaimana data itu digunakan, kepada siapa data itu dizahirkan, dan bagaimana data itu dilindungi. Dasar Privasi ini terpakai untuk semua data yang diberikan kepada kami atau dikumpulkan oleh kami sebelum ini atau pada masa kini. Apabila berinteraksi dengan kami, sama ada di kedai, di telefon, atau dalam talian, termasuk melalui laman web ini, anda bersetuju dengan pengumpulan dan penggunaan data anda seperti yang dijelaskan dalam Dasar Privasi. Kami mungkin mengubah Dasar Privasi kami dan apabila kami mengubahnya, kami akan menerbitkan perubahan tersebut di sini. Atas sebab ini, kami menggalakkan anda untuk menyemak Dasar Privasi kami secara berkala.
DATA TENTANG KAMI
Bagi tujuan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, pengguna data ialah C&E (MY DISTRIBUTION) SDN BHD ("Crabtree & Evelyn", "kami", "kita" atau "kepunyaan kami"), syarikat yang diperbadankan di Malaysia dengan pejabat yang beralamat di Unit C-12-4, Level 12, Block C, Megan Avenue II, 12 Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia, Crabtree & Evelyn mengendalikan Laman Web. Sekiranya anda mempunyai soalan mengenai Dasar Privasi ini sila hubung: Eksekutif, melalui e-mel.
DATA YANG TERMASUK DI DALAM POLISI INI
Dasar Privasi ini terpakai kepada semua data peribadi yang dikumpul dan digunakan oleh kami. Bagi tujuan Dasar Privasi ini, "data peribadi" bermaksud data atau kepingan data yang boleh mengenal pasti anda, seperti nama anda, alamat anda, dan alamat e-mel anda dan boleh termasuk data seperti alamat IP anda atau data mengenai tabiat membeli-belah anda.
APAKAH DATA YANG DIKUMPUL?
DATA YANG ANDA BERIKAN
Kami mengumpul data peribadi yang anda berikan, seperti nama, alamat bil, alamat penghantaran, nombor telefon, alamat e-mel, data kad kredit, jantina, kandungan yang dihasilkan oleh pengguna dan tarikh lahir, apabila anda:
• Membuat pembelian
• Mendaftar dalam program kesetiaan, program ganjaran, atau program promosi
• Mengambil bahagian dalam ciri interaktif di Laman ini seperti ulasan produk
• Mendaftar untuk menerima e-mel atau notifikasi lain daripada kami
• Mengambil bahagian dalam pertandingan atau cabutan bertuah
• Mengisi tinjauan
• Membuat akaun Crabtree & Evelyn
• Menggunakan perkhidmatan media sosial seperti Facebook atau Twitter untuk berkomunikasi dengan kami
• Menghantar permintaan kepada jabatan perkhidmatan pelanggan kami
DATA YANG KAMI KUMPUL
Apabila anda melawati laman web ini, kami mungkin menggunakan “cookie”, tag piksel, dan teknologi lain untuk mengumpulkan data berikut secara automatik:
• Alamat IP, data log masuk, jenis pelayar web, lokasi, zon waktu, sistem operasi, dan data teknikal yang lain
• Data tentang lawatan anda, termasuk laman web yang anda lawati sebelum dan selepas Laman Web kami dan produk kami yang anda lihat
• Tempoh lawatan ke halaman di laman web, dan data interaksi halaman
Sila lihat dasar “cookie” kami untuk maklumat lanjut.
E-mel yang kami hantar sebagai sebahagian daripada program pemasaran kami mungkin menggunakan suar web (“web beacons”) dan teknologi lain yang memberitahu kami sama ada suatu e-mel telah dibuka. Kami juga boleh mengumpul maklumat menggunakan “cookie” di laman web ini dan di laman web lain untuk memahami bagaimana anda berinteraksi dengan pengiklanan kami untuk memastikan kami menyampaikannya dengan cara yang paling relevan. Apabila anda menyediakan kandungan awam, seperti kandungan yang diposkan ke laman media sosial, kami mungkin mengumpul data tersebut.
DATA YANG KAMI TERIMA DARIPADA PIHAK LAIN
Kami mungkin menerima data tentang anda daripada pihak ketiga yang kami bekerja dengan, termasuk, misalnya, rangkaian pengiklanan, penyedia analisis, penyedia data carian, agensi rujukan kredit, dan penyedia pengesan penipuan.
BAGAIMANA DATA SAYA DIGUNAKAN?
Kami dan pemproses data pihak ketiga yang bertindak bagi pihak kami boleh mengumpul, menyimpan, dan memproses data peribadi anda:
• Untuk memproses, menjejaki, dan memenuhi pesanan anda
• Untuk berkomunikasi dengan anda berkenaan status pesanan anda
• Untuk mengenal pasti pilihan produk dan perkhidmatan pilihan anda
• Untuk mentadbir cabutan bertuah atau pertandingan
• Untuk menyampaikan kupon, komunikasi pemasaran, dan iklan
• Untuk menguruskan program kesetiaan, program ganjaran dan promosi
• Untuk menambahbaik keberkesanan Laman Web
• Untuk mengelakkan transaksi penipuan
• Untuk membantu kami memasarkan produk kami dengan lebih berkesan
Kami bergantung kepada persetujuan anda untuk membuat perkara di atas apabila anda memberi data anda kepada kami. Apabila kami meminta kebenaran anda untuk menggunakan data peribadi anda untuk memenuhi pesanan anda (seperti alamat anda), kami mungkin tidak dapat memenuhi pesanan anda jika anda tidak memberi kebenaran.
Ia adalah wajib bagi anda untuk memberi kami data peribadi yang diminta. Jika anda memilih untuk tidak memberikan sebarang data peribadi wajib yang diminta atau ingin menarik balik persetujuan anda atau mengehadkan pemprosesan data peribadi anda secara berlebihan, anda bersetuju bahawa kami tidak dapat memproses data peribadi anda. Apabila anda berbuat demikian, anda mengakui bahawa kami tidak akan bertanggungjawab terhadap kerugian yang anda alami akibat pilihan anda.
ADAKAH DATA SAYA AKAN DIKONGSI?
Kami tidak menjual atau menyewakan data peribadi anda. Kami mungkin berkongsi data peribadi anda dalam Crabtree & Evelyn dan ahli-ahli kumpulan syarikat Crabtree & Evelyn, yang bermaksud anak-anak syarikat kami dan syarikat pemegang muktamad kami dan anak-anak syarikatnya. Seperti yang diterangkan di dalam Syarat Penggunaan laman web ini, kami boleh berkongsi data yang anda pilih untuk menjadi tersedia kepada orang ramai di Laman Web atau di rangkaian media sosial, termasuk kandungan yang dihasilkan oleh pengguna. Misalnya, jika anda menyiarkan ulasan produk di Laman Web atau berinteraksi dengan kami di laman media sosial dan memilih untuk menjadikannya tersedia kepada orang ramai, data anda akan dapat diakses di Laman Web dan aplikasi sosial kami.
Kami mungkin juga berkongsi data anda dengan syarikat yang kami percayai yang menyediakan perkhidmatan sokongan perniagaan kepada kami (seperti penghantaran, pengesahan nama dan alamat, perkhidmatan pelanggan, pentadbiran pertandingan, pengedaran e-mel, pengesanan penipuan, dan pemenuhan promosi), syarikat yang membantu kami memasarkan produk dan perkhidmatan kami, dan analisis dan penyedia enjin carian yang membantu kami dalam menambahbaik dan pengoptimuman laman web ini. Syarikat-syarikat ini tidak dibenarkan untuk menggunakan data yang kami kongsi dengan mereka untuk tujuan lain atau menghantar e-mel yang tidak diminta. Dengan persetujuan awal anda, kami boleh berkongsi nama dan alamat daripada senarai e-mel kami dengan rakan pemasaran yang dipilih dengan teliti. Kami juga mungkin akan berkongsi data agregat statistik atau demografi dengan pihak ketiga dengan cara yang tidak akan menzahirkan data yang dapat dikenal pasti secara peribadi.
Kami mungkin menzahirkan data peribadi mengenai anda untuk: (a) melindungi hak undang-undang, privasi atau keselamatan kumpulan Crabtree & Evelyn atau pekerja kami, ejen dan kontraktor kami; (b) bertindak balas terhadap proses undang-undang yang sah daripada pihak kerajaan atau pihak berkuasa tempatan/awam di mana-mana negara yang kami beroperasi; (c) membenarkan kami meneruskan remedi yang sedia ada atau mengehadkan ganti rugi yang kami dapat kekalkan; (d) menguatkuasakan Syarat Penggunaan kami atau terma dan syarat yang terpakai bagi mana-mana peraduan, promosi atau program; dan (e) mematuhi undang-undang.
Semasa kami memajukan perniagaan kami, kami mungkin menjual atau membeli kedai, anak syarikat, atau perniagaan. Mungkin akan terdapat penyusunan semula, penggabungan, penjualan, usahasama, menyerahhak, pemindahan atau pelupusan lain (termasuk tanpa had berkaitan dengan apa-apa prosiding kebankrapan atau prosiding yang serupa) semua atau mana-mana bahagian perniagaan kumpulan Crabtree & Evelyn. Sehubungan dengan transaksi ini, data peribadi anda dan data lain yang kami kumpulkan seperti yang dijelaskan dalam Dasar Privasi ini boleh dizahirkan dan mungkin merupakan antara aset perniagaan yang dipindahkan sebagai sebahagian daripada transaksi tersebut.
DI MANA DATA SAYA DISIMPAN?
Data yang kami kumpulkan boleh dipindahkan ke dalam dan disimpan di destinasi di luar Malaysia. Ia juga boleh diproses oleh kakitangan yang beroperasi di luar Malaysia yang bekerja untuk kami atau untuk salah satu daripada penyedia perkhidmatan kami. Negara-negara di luar Malaysia mungkin tidak menawarkan tahap perlindungan data yang sama seperti Malaysia. Dengan memberi kami data peribadi anda, anda bersetuju untuk pemindahan, penyimpanan, atau pemprosesan ini. Untuk melindungi data anda, kami akan mengikat peruntukkan kontrak terhadap syarikat yang kami berkongsi data dengan di luar Malaysia atau perlindungan sesuai yang lain seperti “Privacy Shield” dalam hal perkara eksport ke Amerika Syarikat.
ADAKAH DATA PERIBADI SAYA SELAMAT?
Untuk melindungi keselamatan maklumat pesanan dalam talian anda, kami menggunakan teknologi SSL (“Secure Sockets Layer”). Teknologi SSL menyulitkan nombor kad kredit anda, maklumat pesanan anda dan data peribadi anda sebelum ianya dihantar bagi membantu melindunginya daripada dinyahkod oleh orang lain selain kami. Kami juga memerlukan pembekal pihak ketiga kami untuk mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk memastikan data peribadi anda selamat. Malangnya, tiada sistem simpanan dan tiada penghantaran data yang selamat secara sepenuhnya.
BERAPA LAMA DATA SAYA AKAN DISIMPAN?
Kami akan menyimpan data anda selagi perlu untuk sebab-sebab yang anda telah bersetuju. Sekiranya tempoh ini tidak dapat ditetapkan, seperti di mana anda bersetuju bahawa kami boleh menghantar anda emel tentang peristiwa tertentu, anda boleh menghubungi kami pada bila-bila masa untuk meminta kami berhenti menggunakan data anda untuk tujuan sebegini. Kami akan selalu mengkaji semula sama ada kami masih memerlukan data anda untuk tujuan yang anda setujui, dan jika tidak, kami akan memadamkan data anda.
APAKAH HAK SAYA?
Sebagai tambahan kepada keupayaan anda untuk mengubah (atau menarik balik) persetujuan anda terhadap cara kami memproses data peribadi anda, anda boleh juga:
• meminta kami membetulkan apa-apa ketidaktepatan data anda
• meminta kami untuk membekalkan anda data yang anda telah bersetuju kepada kami di dalam bentuk yang boleh dibaca oleh mesin untuk kegunaan anda
• membuat aduan dengan Jabatan Perlindungan Data Peribadi, yang boleh dibuat di sini: http://www.pdp.gov.my/index.php/en/
ADAKAH ANDA MEMPUNYAI PAUTAN KEPADA LAMAN WEB LAIN?
Bagi kemudahan anda, laman web ini mungkin mengandungi pautan kepada dan daripada laman web lain. Sekiranya anda mengikuti pautan ke mana-mana laman web begini sila ambil perhatian bahawa laman web tersebut mempunyai dasar privasi dan keselamatan mereka sendiri yang anda harus kaji semula. Kami tidak menerima apa-apa liabiliti atau tanggungjawab untuk laman web ini atau dasar mereka.
APAKAH PILIHAN YANG SAYA ADA?
Adalah penting bagi anda untuk berupaya mengawal data peribadi anda. Anda mempunyai hak untuk meminta satu salinan data peribadi yang kami terima tentang anda, meminta kami memperbaharui atau memadamkan data peribadi anda, dan tidak dihubungi oleh kami sekiranya anda tidak mahu.
Jika anda tidak mahu menerima e-mel daripada kami, sila ikuti arahan pemadaman di bahagian bawah e-mel.
Sekiranya anda ingin menggunakan mana-mana pilihan lain yang diterangkan di atas atau anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan tentang bagaimana kami mengendalikan data peribadi anda, anda boleh menghubungi kami melalui cara berikut:
Melalui e-mel.
ADAKAH ANDA MENGGUNAKAN “COOKIES” ATAU TAG PIKSEL?
Sila lihat dasar “cookie” kami untuk memahami cara kami menggunakan “cookie” dan tag piksel.
GOOGLE ANALYTICS
Kami telah membolehkan dan menggunakan aplikasi Laman yang tersedia dari Google, yang dinamakan “Google Analytics Advertising Features”. Ini termasuk: “Remarketing with Google Analytics”, “Google Display”, “Network Impression Reporting” dan “Google AdWords”. Ciri-ciri Pengiklanan ini berfungsi bersama dengan teknologi “cookie” dan “cookies”.
“Advertising Features” mengumpul data “cookie” pelawat tertentu, seperti sumber, medium, dan kata kunci yang digunakan untuk melawat Laman ini, dan maklumat lain, seperti kekerapan pengguna melawat Laman ini, halaman apa yang mereka lawati ketika mereka berbuat demikian, dan laman web lain mereka gunakan sebelum datang ke Laman ini. Kami menggunakan maklumat yang kami peroleh daripada “Google Analytics” hanya untuk menambahbaik Laman ini. “Google Analytics” hanya mengumpul alamat IP yang diberikan kepada anda pada tarikh yang anda lawati Laman ini. Kami menggunakan “Remarketing” dengan “Google Analytics” bersama-sama dengan “Google AdWords” untuk memaparkan iklan yang mengandungi kandungan khusus kepada pelawat yang telah melawat Laman kami apabila pelawat tersebut melayari laman web lain yang juga melaksanakan “Google Display Network”.
Walaupun “Google Analytics” meletakkan “cookie” kekal pada pelayar web anda untuk mengenal pasti anda sebagai pengguna yang unik pada kali seterusnya anda melawat Laman ini, “cookie” ini tidak boleh digunakan oleh sesiapa kecuali Google. Keupayaan Google untuk mengguna dan mengongsi data yang dikumpulkan oleh “Google Analytics” mengenai kunjungan anda ke Laman ini dihadkan oleh Syarat Penggunaan “Google Analytics” dan Dasar Privasi Google. Anda boleh menghalang Google Analytics daripada mengenali anda pada lawatan kembali anda ke laman web ini dengan melumpuhkan “cookies” pada pelayar web anda. Atau, untuk menarik diri daripada “Google Advertising Features” secara khusus, anda boleh mengakses pilihan “opt-out” yang tersedia pada “Google Analytics”.
PERUBAHAN KEPADA DASAR PRIVASI
Kami mungkin mengemaskini Dasar Privasi & Keselamatan kami. Apabila kami membuat perubahan, kami akan menyiarkannya di sini. Anda mungkin ingin menyemak bahagian ini dari masa ke semasa kerana, dengan melawati laman web kami, anda bersetuju menerima sebarang perubahan sedemikian.